cikgu maman-skkm

Sunday, July 20, 2014

Berita Kejohanan TAKRAW MSSJ -2014

TAKRAW MSSJ-

1. 22-24 Mei 2014 -  B15 dan 18 (Inter Regu)---ENDAU, MERSING

KEPUTUSAN :

    # B15 = Tempat Ke -3 (GANGSA)
    # B18 = Tempat Ke -3 (GANGSA)
 Coach B15: Ajak T6, Rajes Kahang
Coach B18: Zuwairi
TAHNIAH KPD SEMUA YG TERLIBAT----ANDA SEMUA ...........AWESOME

Team Kluang A b15-(Gangsa)
Team Kluang A B18-(Gangsa)
Pingat Kemenangan B15 n 18
Punca x ke Final......Panjang injured kat Semi....xpe jang cuba lagi next year

 2. 19-21/6/14    -  B12 (Berpasukan)  --------ENDAU, MERSING
Keputusan:
KLUANG JOHAN MSSJ B12 2014
 Coach: Utz Fauzan,Naza,Zahari
Manager: Tajul, Sukur
TAHNIAH KPD SEMUA YG TERLIBAT----ANDA SEMUA ........AWESOME
Add caption




 TERBaekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


Tuesday, October 29, 2013

INFO 1M1S

Utk Kengkawan,

INFO TENTANG 1M1S


 Layout Space
Sila Klik DISINI

Latar Belakang & Matlamat 1M1S
 Layout Space
Latar Belakang
Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengna menyertai aktiviti sukan sepanjang tahun. Dasar ini juga adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi Sukan Untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi dibangunkan di bawah program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1Malaysia yang sihat, cergas dinamik dan bersatu padu.
 
Matlamat
Dasar 1M 1S berhasrat untuk:
  • Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun; dan
  • Memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
Konsep & Objektif 1M1S
 Layout Space
Konsep
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Ke arah ini, Konsep Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:
  • Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif atau tidak aktif;
  • Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sukan sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan
  • Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
Objektif Dasar
Dasar 1M 1S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut;
  • Meningkatkan kecergasan jasmani;
  • Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;
  • Memupuk perpaduan di antar kaum;
  • Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
  • Memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal;
  • Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
  • Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Prinsip & Pendekatan 1M 1S
 Layout Space
Prinsip Pelaksanaan
Perlaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:
  • Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan;
  • Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga 6 di Sekolah Menengah. Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah;
  • Murid boleh menyertai lebih dari 1 jenis sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah;
  • Asas kepada Dasar 1M 1S adalah perlaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini;
  • Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan;
  • Ibu bapa, agensi luar dan rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah; dan
  • Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan (PKPS) hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.
  • Bagi sekolah yang kurang PKPS, bolehlah berkongsi dengan sekolah-sekolah yang berdekatan atau memohon PKPS daripada pihak berkuasa tempatan secara percuma atau sedikit bayaran minimum bagi menjayakan dasar ini.
Pendekatan Pelaksanaan
Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan Dasar 1M 1S, setiap sekolah mesti mempunyai strategi pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Maka, pelaksanaan 1M 1S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:
  • Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
  • Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
  • Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
  • Bagi Murid berkeperluan khas, aktiviti sukan juga hendaklah dilakukan berdasarkan keupayaan dan kemudahan sedia ada.
  • Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) / Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN), Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa juga merupakan aktiviti 1M 1S.


Thursday, August 22, 2013

MAKLUMAN......

salam,

Untuk Pengetahuan Rerakan :
Tn. Hj Sopar bin Sarbini, pegawai di PPD, bekas Pemain TAkraw Daerah Kluang DAN Negeri Johor telah kembali ke ramatullah pada 4.30am hari Khamis 22/8/2013. Al-fatihah....SEMOGA ROHNYA DIRAHMATI DAN DI TEMPATKAN DI KALANGAN KEKASIH-KEKASIHNYA.....AMIN.......Al-fatihah..........

Monday, August 19, 2013

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KFC-UTUSAN 2013


PENDAFTARAN BAGI KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KFC-UTUSAN 2013 TELAH DIBUKA PADA 30 JULAI 2013. SILA DAPATKAN IKLAN DAN BORANG PENYERTAAN DARI AKHBAR UTUSAN MALAYSIA.

Kejohanan Sepaktakraw KFC Utusan
sila klik>>LAMAN RASMI KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KFC-UTUSAN 2013<

Wednesday, June 26, 2013

KURSUS KEJURULATIHAN

KURSUS KEJURULATIHAN ASAS SEPAK TAKRAW DAERAH KLUANG
Tarikh : 27-28/6/ 2013
Tempat: Stadium Tertutup Kluang
Peserta : 40 org
Donlod  semua  KLIK SINI der......




cam x phm je,,,,, sorang2 muka ketat



Pengadil pddkn khas......org srh kira dia tawa je

jgn slh phm,,,,ni bkn final




org servis.....coach yg terangkat kaki blkan tu.....

si azli beraksi.....semi je...

"nape le amik gambo x cover air bag aku cam abu tu sebelah aku tu...isk..." azli







ni bru standt final....yah.......amek ko....

nak....rasakan pembalasan si pitong.....

akhirnye........
nak gambo lg...sila donlod    KLIK SINI der......

Friday, March 8, 2013

BERITA MSSD TAKRAW DAERAH KLUANG B12,B15 N B18

 KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSM
 Tarikh : 2-7/6/ 2013
DI GURUN, KEDAH DARUL AMAN

Keputusan:
Inter-regu: JOHOR ke-3 Tahniah..........
Pasukan : Beri Laluan Negeri Lain....hehehehe


 
 TEAM JOHOR.....Ceh wah.....En Naza kita.....senyum Lebar.........di kedah

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSJ
Tarikh : 10-12/5/ 2013
Tmpt: TANGKAK,LEDANG

KEPUTUSAN : B12 -NAIB JOHAN
                          B15 - JOHAN
 TAHNIAH..........KLUANG





KEJOHANAN MSSD TAKRAW DAERAH B12,B15 N B18
Tarikh : 8 mac 2013
Tmpt: Dewan Isnin Maarof, Simpang Renggam

JOHAN : Zon Kluang Timur
NAIB: ZON Simpang Renggam
Ke 3-4 : Zon Paloh
aksi perlawanan






Montaj Tajaan En Sukur MJ







Tahniah Kepada Zon yg berjaya......Kepada yg kurang Berjaya.....berlatih awal der.....

Keseluruhan Mutu permainan ada nampak peningkatan....TAHNIAH PD PARA COACH2 ho ta hey.....

Kepada pemain yg terpilih tu....berlatih sungguh2
uth ke MSSJ Mei ni ....nak Johan Tahun ni......


B15 dan b18 telah berakhir......ptg 9hb.

B15
JOHAN : SMK BELITONG
NAIB: SMK SRI LALANG

B18
JOHAN : SMK PALOH
NAIB : SMK PALOH

Wednesday, February 20, 2013

TAKRAW KLUANG

MAKLUMAT GENG TAKRAW MSSD KLUANG

Maklumat:
Jenis Bola standart utk B12      : GajahMas 311
                                   B15/18   : GajahMas 511
Ketinggian net B12 ------: 1.45m di tiang manakala minima 1.42m di tengah--------
                      B15-18---: 1.55m di tiang manakala minima 1.52m di tengah--------
PERTANDINGAN
MSSD Kluang B12 = tnya SUKUR Macap hehehe... mesyuarat dearah 26/2 di SK Seri Majujaya 2pm
                               = 8 mac 2013 di Dewan terbuka Kg Isnin Maarof, Simpang Renggam.
                               = Zon Klg Timur = 5 Mac 2013 sk sedohok tn guma
                              = Zon Klg Brt = sk Tmn sri Klg Brt tuan guma
                              = Zon Rengam/layang = Sk Beli tong tn guma
                             = Zon Paloh = 26/2
                             = Zon Simpang Renggam
                       B15/18 = 6,7,8 dan 9 kot utk keterangan tnya cikgu Rahim Paloh........
MSSJ - dijangka  10-12 MEI 2013 (Ledang)
MSSM-dijangka  3-7 JUN 2013 (Kedah)

Kepada kengkawan yg memerlukan utk jalankan pertandingan peringkat sekolah/zon:
LAW Terkini-REGU
BORANG KIRAAN MATA PSM-REGU
BORANG PENDAFTARAN PEMAIN PSM-REGU
Borang R01.docx
Borang R02 .docx
Borang MO1 & MO2.xlsx
ALL BORANG PERTANDINGAN REGU/PASUKAN-DAERAH.xlsx

Sila klik utk  download BORANG TAKRAW

# dah ponek jd PT Daerah ni......ada sapa2 kengkwn nak ganti aku.......cakap jgn malu.....